Wednesday, November 30, 2011

Rahsia Sujud dalam Solat



Sujud melegakan sistem pernafasan. MUNGKIN ramai di kalangan umat Islam tidak sedar mengenai pelbagai hikmah yang tersembunyi ketika sujud. Pada hal, kita perlu sedar bahawa tiada suatu pun ciptaan dan suruhan Allah s.w.t. yang sia-sia, malahan setiap ciptaan itu mempunyai kelebihan yang selalunya tidak terjangkau akal manusia.


Manusia melakukan sujud dalam dua bentuk, iaitu sujud fizikal seperti ketika bersolat dan sujud spiritual berbentuk ketaatan kepada perintah Allah s.w.t. dan menjauhi larangannya. Ulama mengatakan sujud ketika solat adalah waktu manusia paling hampir dengan Allah s.w.t. dan mereka menggalakkan kita bersujud lebih lama.

Antara hikmah lain sujud adalah melegakan sistem pernafasan dan mengembalikan kedudukan organ ke tempat asalnya. Bernafas ketika sujud pula boleh:

- membetulkan kedudukan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

- membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

- melegakan sakit hernia. (burut)

- mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

- melegakan paru-paru daripada ketegangan.

- mengurangkan kesakitan bagi pesakit apendiks atau limpa.

- kedudukan sujud adalah paling baik untuk berehat dan mengimbangkan lingkungan bahagian belakang tubuh.

- meringankan bahagian pelvis.

- memberi dorongan supaya mudah tidur.

- menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut serta punggung ketika akan sujud dan bangun daripada sujud.

- pergerakan otot itu menjadikan ototnya lebih kuat dan elastik, secara automatic memastikan kelicinan perjalanan darah yang baik.

- bagi wanita, pergerakan otot itu menjadikan buah dadanya lebih baik, mudah berfungsi untuk menyusukan bayi dan terhindar daripada sakit buah dada.

- mengurangkan kegemukan.

- pergerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke ! tempat asal serta terhindar daripada sakit gelombang perut (convulsions) .

- organ terpenting iaitu otak manusia menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

- mengelakkan pendarahan otak jika tiba-tiba menerima pengepaman darah ke otak secara kuat dan mengejut serta terhindar penyakit salur darah dan sebagainya.

Dari segi psikologi pula, sujud membuatkan kita merasa rendah diri di hadapan Yang Maha Pencipta sekali gus mengikis sifat sombong, riak, takbur dan sebagainya.

Dari segi perubatan, kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala danmigrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti seseorang.

Menurut kajian, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki darah sedangkan setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal dan sempurna.

Tujuh kalimat
Sabda Rasulullah S.A.W “Barang siapa hafal tujuh kalimat, ia terpandang mulia di sisi Allah dan Malaikat serta diampuni dosa-dosanya walau sebanyak busa/buih laut ”

1. Mengucap Bismillah pada tiap-tiap hendak melakukan sesuatu.

2. Mengucap Alhamdulillah pada tiap-tiap selesai melakukan sesuatu.

3. Mengucap Astagfirullah jika lidah tersilap perkataan yang tidak patut

4. Mengucap Insya Allah jika merencanakan berbuat sesuatu di hari esok.

5. Mengucap La haula wala kuwwata illa billah jika menghadapi sesuatu tak disukai dan tak diingini.

6. Mengucap inna lillahi wa inna ilaihi rajiun jika menghadapi dan menerima musibah.

7. Mengucap La ilaha illa Allah Muhammad Rasulullah sepanjang siang malam sehingga tak terpisah dari lidahnya dari tafsir hanafi, mudah-mudahan ingat, walau lambat-lambat mudah-mudahan selalu, walau sambil lalu mudah-mudahan jadi bisa, karena sudah biasa!

Kalau ada yg nak tambah silakan - kita berkongsi ilmu di sini
Jika ada kesalahan dalam artikel ida ini sila beri tunjuk ajar dan harap dapat perbetulkan.

Tuesday, November 1, 2011

APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH





Mungkin ibu lebih kerap menelefon utk menanyakan keadaan kita setiap hari..Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita?

Semasa kecil, ibu lah yg lebih sering mendukung kita..Tapi tahukah kita bahawa sebaik saja ayah pulang bekerja dengan wajah yang letih ayahlah selalu menanyakan apa yg kita lakukan seharian

Saat kita sakit@demam, ayah sering membentak "sudah diberitahu! jangan minum ais!".Tapi tahukah kamu bahawa ayah sangat risau.??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untk keluar malam. Ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!"..Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita? Kerana bagi ayah, kita adalah sesuatu yang sangat berharga.

Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya. Maka kita telah melanggar kepercayaannya...Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa,ayah telah menghantar kita ke sekolah@kolej untuk belajar..
Di saat kita memerlukan ini-itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya mengerutkan dahi.tanpa menolak, beliau memenuhinya..Saat kamu berjaya..Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu..Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah..Ayah sangat berhati-hati mengizinkan nya..Dan akhirnya..Saat ayah melihat kita duduk di atas plamin bersama pasangan nya..ayah pun tersenyum bahagia..

Apa kita tahu,bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis?

Ayah menangis kerana ayah sangat bahagia..Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dgn baik..Bahagiakan lah putra putri kecilku yg manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yg sesekali dtg untuk menjenguk..Dengan rambut yg memutih dan badan yang tak lagi kuat untuk menjaga kita..


kite copy artikal ni daripada laman muka buku..
admin nye
Kak Sheila, sape kak Sheila ni pun kita tak kenal..tapi artikal ni memang menyentuh sangat perasaan kite. tetibaje meremang bulu-bulu yang kat badan ni. seram sejuk rasa nye.. tetiba teringat kat ayah. macam nak jumpa ayah sekarang.. nak peluk ayah sekarang.. nak cakap terima kasih sebab jaga kite, bagi kite makan sampai kite besar, bagi kite sekolah sampai kite jadi seorang 'designer'..tapi kite tak bape nak faham sangat bab-bab agama ni.. macam mana taraf kite di dalam agama. boleh kah kite memeluk ayah kite, mencium pipinya yang dah tua di mamah usia tu, mencium ubun-ubun nye tanda kite sayang sangat kat die. kite nak sangat dia tahu, yang kite cuma ada dia seorang je ayah kite..walaupun kite ada dua orang tua. satu abah, abah yang mendermakan sperma nye kat mak kite, maka..kite pun lahir..tapi seorang abah yang tak mahu kite, lantas di buang nye kite.. lantas mak pun ikut sama buang kite..dan seorang ayah, dia yang mengutip kite, menjaga kite dengan seadanya..itu lah ayah kite dunia akhirat! (¬_¬)

Monday, September 26, 2011

kitelah AQUARIUS itu..(✿◠‿◠)

AQUARIUS: YANG RASIONAL
Ciri Positif
Orang yang lahir pada tarikh antara 20 Januari hingga 18 Febuari dikatakan bernaung di bawah zodiak Aquarius, yang berlambang gelombang (alur air). Anda meminati pengembaraan, berjiwa kemanusiaan, ingin tahu, ada semangat berontak, bersikap spontan, progesif, persahabatan, hak asasi, berkumpulan, dan manfaat manusia.
Ciri Negatif
Walau bagaimana pun,ada kalanya Aquarius menghadapi gangguan, tak boleh dijangka, suka membantah, memberontak, tak lengkap, perilaku salah, tak kosisten, perangai radikal, kurang kaedah, dan mendatangkan bencana.

Kualiti Astrologi
Aquarius termasuk dalam kategori tetap, iaitu termasuk kestabilan, ketabahan, ketahanan, dan kesempurnaan. Dengan kualiti ini anda baik untuk mempastikan sesuatu berjalan lancar atau berhasil. Lambang-lambang yang termasuk dalam kategori tetap selain anda ialah TAURUS, LEO dan SCORPIO.


AQUARIUS SEPINTAS LALU


Lambang Gelombang (Alur air)
Kunci Kata Kemanusiaan
Kekuatan Keunikan dan wawasan
Perlu Perbaiki Rasa hormat pada ego orang lain dan cinta peribadi
Cepat Mesra Dengan Gemini
Perlu Belajar Daripada Leo
Untuk Keselamatan Berpaling Kepada Taurus
Kerjaya Boleh Dipergaruhi Oleh Scorpio
Perkara Kerohanian Mudah Dibantu Oleh Capricorn dan/atau Libra
Warna Kesukaan Biru Kilat dan/atau Kelabu
Warna Yang Membuahkan Cinta, Asmara Dan Harmoni Emas dan/atau Oren
Warna Yang Menampilkan Kehebatan Diri Warna Air (Aqua)
Batu Permata Mutiara Hitam; Baiduri; Biru Nilam
Logam Plumbum
Bau-bauan Azelea dan/atau Bunga Cina (Gardenia)
Hari Terbaik Sabtu


AQUARIUS : GELAGAT PERHUBUNGAN

Anda yang dilahirkan berzodiak Aquarius ini , sangat terbuka. Demikian juga dalam soal asmara. Anda memilih kawan atau pasangan terutama kerana daya tarik intelektual, bukan raut muka dan bentuk badan.Aquarius ini menyintai kebebasan sehingga tidak mungkin berdamping dengan seseorang yang pengongkong. Kegemaran pada kegiatan luar rumah menjadikan anda tidak berminat menjadi ‘ratu dapur'. Walaupun semacam dingin dan individu, namun Aquarius setia orangnya !


Teman atau kekasih yang secocok bagi Aquarius adalah Aries (21 Mac – 20 April ) dan Gemini (21 Mei - 20 Jun). Walau bagaimana pun, anda perlu bersabar lebih apabila berdamping dengan Capricorn ( 21 Disember – 19 Januari ) dan Virgo ( 22 Ogos – 22 September ).
Aries merupakan pendamping yang sesuai bagi Aquarius. Semangat Aries yang tinggi untuk menambah ilmu menarik perhatian Aquarius. Aries sebaliknya menyenangi sikap Aquarius yang terbuka.Gemini pula mempunyai persamaan dengan Aquarius. Kedua – duanya memandang daya intelektual bukannya rupa dan tubuh badan semata – mata. Keinginan Aquarius memburu kerjaya turut disenangi oleh Gemini.

Oleh sebab Aquarius bersikap dingin,
anda sukar berdamping dengan Capricorn yang sikapnya tertutup. Namun begitu, anda berdua sama – sama cerdas dan memendam rasa. Seterusnya, anda mungkin kurang sesuai berdamping dengan Virgo. Hidup anda menjadi kaku dan mendatar apabila berpasangan denganVirgo yang serius.




AQUARIUS : PERHUBUNGAN SEKS

Aquarius lebih tertarik pada cinta minda daripada cinta jasmani. Anda bijak dan sangat tekun. Sikap Aquarius terhadap seks bercampur – campur. Sesetengahnya mengemari seks, manakala sebahagian golongan lagi berasa lebih gembira tanpa seks.Kebanyakan yang berlambang Aquarius berada dalam keadaan keliru lantaran hanya diri anda sahaja yang memahami diri sendiri.


AQUARIUS : KERJAYA DAN KEWANGAN

Kelahiran Aquarius ini biasanya tekun bekerja dan ingin orang lain sama tekun bekerja sama. Lantaran itu Aquarius gemarkan kerjaya yang mengikat dirinya dengan asas kefalsafahan , kekreatifan dan berlandaskan kaedah serta teknik yang tersusun.

Aquarius cepat menguasai kerjaya dan berupaya menyumbang idea bagi peningkatan diri dan organisasi, dan gemar membantu teman sekerja. Walau bagaimana pun, untuk berjaya ke matlamat kerjaya yang tertinggi , anda perlu mengembangkan sensitiviti emosi, perasaan mendalam dan kesabaran yang tinggi.

Dari segi perolehan wang , kelahiran Aquarius cenderung bersikap idealistik dan kemanusiaan. Anda biasanya pemurah dan suka menyumbang untuk sosial dan politik tetapi tanpa mengharap balasan atau sanjungan. Aquarius memerlukan wang untuk keperluan yang berfaedah bagi diri, keluarga atau orang lain. Tetapi bukan untuk status diri sendiri semata – mata.




AQUARIUS : KELUARGA DAN RUMAH TANGGA

Dalam keluarga dan rumah tangga, kelahiran Aquarius mudah berubah, iaitu tidak stabil. Namun , anda tetap inginkan sebuah rumah yang baik untuk melayan keluarga dan kawan.

Demi keharmonian rumah tangga dan keluarga, anda perlu memasukkan ciri-ciri kestabilan dan kauliti. Di samping mengutamakan daya intelektual , anda sebenarnya perlu meresapkan cinta ke dalam rumah dan keluarga.

Friday, September 23, 2011

kite mahu terbang! (●*∩_∩*●)




lalala..happy nye.. next month kite mahu terbang lah sudah. mau pergi itu kota kinabalu lah.. takut lah, sebab pertama kali nak naik itu
kapal terbang. walau pun dah idup 30 thn.. tp baru kali ni lah nak merasa naik itu kapal terbang.. hahaha.. lantak lah orang
nak cakap pe. tk heran lah! sebab baru kali ni kira rezeki lebih.. so leh lah cuti-cuti cinta jejauh skit.. jejauh pun still lam malaysia lagi. maybe next-next year
gi seberang laut pulak kan.. tap..ni pun dah kira seberang laut lah jugak kan?
hahhaa..ada sesiapa yang tau tempat-tempat yang best kat sana tak? tunggu ye..nanti kite upload gambar yang cun melecun dari sana menggunakan LUMIX kite tu.. lalala...(◕‿◕✿)

**via hati berbunga riang

Tuesday, July 26, 2011

sekeping warkah pilu (╥_╥)

kehadapan ayahanda dan juga bonda. terlebih dahulu anakanda menyusun sepuluh jari, memohon berjuta kemaafan dari hujung rambut hinggalah kehujung kaki, sekiranya kedatangan warkah yang tidak diundang ini menggugat ketenangan ayahbonda berdua. tidak terlintas langsung untuk menyakiti hati kalian.

ayahanda dan bonda,
kedatangan warkah ini hanyalah untuk mengisi ruang kekosongan anakanda di hari ini, di mana, pada waktu-waktu hujan ini, tidak ada apa yang dapat anakanda lakukan kecualilah melayan hati yang tengah sarat dengan seribu persoalan. persoalan yang telah lama terpendam di dalam hati anakanda.

ayahanda, bonda
anakanda sering tertanya-tanya, adakah kedatangan anakanda kedunia ini di sambut dengan perasaan yang gumbira ataupun di sebaliknye? anakanda rasa kedatangan anakanda hanyalah menambah lara di hati ayahbonda berdua.

ayahanda,
di saat anakanda di lahirkan ke dunia ini, sempatkah ayahanda melaungkan kata-kata suci di telinga anakanda? sempatkah ayahanda memangku anakanda dengan penuh perasaan kasih dan sayang. sempatkah ayahanda berbangga dengan zuriat yang telah dikurniakan olehNya?

bonda,
disaat bonda melahirkan anakanda, sempatkah bonda mencium dahi dan pipi anakanda yang putih gebu ini. sempatkah bonda memberi anakanda merasa barang setitik dua susu dari bonda? dan jika kesempatan itu bonda berikan, anakanda memohon dihalalkan susu itu, dunia dan akhirat.

ayahanda dan bonda,
pada saat kalian berdua melepaskan anakanda ke tangan yang lain, tidaklah tercalit walaupun sedikit perasaan belas kalian kepada anakanda? perasaan yang selalu digembar-gemburkan oleh ayahanda dan bonda yang lain kepada zuriat-zuriat mereka?

ayahanda dan bonda,
tidakkah kalian terfikir, pada saat kalian melepaskan anakanda pada yang lain, maka terputuslah hubungan kekeluargaan kita? walaupun pada zahirnya ikatan itu masih lagi kukuh.


ayahanda,
benarkah ayahanda tidak mampu menjaga anakanda sebagaimana selayaknya.tapi yang anakanda myuskilkan, pada masa itu, anakanda hanyalah cahayamata kalian yang kedua.
dan selepas itu, kalian memperolehilebih ramai lagi cahayamata.

ayahanda dan bonda,
tidakkah kalian terfikir, dengan keputusan kalian itu, maka berubahlah kehidupan anakanda di masa hadapan?

ayahanda dan bonda,
tahukah kalian, kehidupan anakanda di zaman persekolahan teramatlah perit. tatkala mengetahui diri ini hanya menumpang kasih pada yang sudi, tatkala mengetahui yang diri ini telah dilupakan oleh ayahanda dan bonda. pernahkah kalian terfikirkan tentang itu? di mana sekian kalinya..status anakanda akan dipersoalkan. walau ke mana anakanda pergi, status ini masih mengekori.

ayahbonda,
anakanda sering tertanya-tanya, apakah kesalahan anakanda pada masa itu. di mana, dengan sampai hatinya kalian membiarkan anakanda pergi. di manakah perasaan kalian pada waktu itu? di mana? di mana, status itu sering membuatkan anakanda rendah diri. malu dengan rakan-rakan yang mempunyai sebuah keluarga yang sempurna. malu dengan kepincangan diri.

ayahanda dan bonda,
bukan harta dan wang ringgit yang anakanda pinta, cuma secebis kasih sayang dari kalian berdua. walaupun pada saat ini, kalian seperti telah menyesali semuanya. namun, luka yang berbekas ini, kadang-kala masih lagi berdarah.

ayahanda dan bonda,
walaupun kasih sayang yang diberikan oleh keluarga baru ini melimpah ruah, namun, jauh di sudut hati anakanada, terdapat sedikit rasa kekurangan. ayahbonda tahukah itu? dan anakanda belum pernah pasti dengan penerimaan ahli-ahli keluarga yang lain dengan kedatangan anakanda dalam keluarga mereka. adakah ayah dan bonda tahu?

kalian berdua,
nasib anakanda memang bertuah kerana diberikan keluarga baru yang lebih bertanggungjawab. kalau tidak, masakan anakanda akan berdiri sepertimana anakanda sekarang. terima kasih untuk itu. dan anakanda bersyukur, dengan keputusan kalian berdua telah merubah seluruh kehidupan anakanda. dan kalau anakanda masih lagi di bawah jagaan kalian berdua, belum tentu lagi anakanda akan berjaya seperti ini. mungkin anakanda kan menerima nasib yang sama seperti mana anak-anak kalian yang lain.

ayahbonda,
walaupaun anakanda sungguh terkilan dengan keputusan ayahbonda, tetapi tidaklah anakanda berdendam dengan kalian. cuma, setiap saat dan ketika, anakanda sering terfikir, apakah wajaban bagi persoalan anakanda ini. apakah kesalahan anakanda?


sekian.



wahahahhahaha..siap sudah cerita sengal kite..dan kome pun turut sengal sebab membacanya.wahhahahah...(◕‿-)

Monday, July 11, 2011

percubaan pertama untuk menjadi jutawan (*^ -^*)




hahahahhahahah.. permulaan yang sangan menarik bagi kite. title yang mungkin akan menjadi kontrabasi. namun kita tak kesah pun..hahhha.... sekarang ni kite tengah berjinak-jinak dengan bidang perniagaan. bukan niaga orang tau.. ni halal punya. jual tudung secara kecil-kecilan..hahahha..lawak kan.. saja nak menambahkan rezeki. dah pun title nye untuk menjadi jutawan. harap-harap leh la jadi jutawan satu hari nanti. gambar ni diambil masa kite tengah menjual di satu tapak yang burung pun tk mo singgah tok beteloq, apatah lagi manusia. dah le tu, cam menjemur kain di tengah jalan yang lengang..hahhahah...pergh!..memang mengecewakan. tp tk pe lah.sekurang-kurangnye kita mendapat pengalaman. ye dak?..well.. kalu u all sume nak beli tudung yang kite jual ni, sila lah singgah kat page ni ya. http://www.facebook.com/pages/My-one/228620923815747

Friday, July 8, 2011

bersama LUMIX si buah hati (*^ -^*)

kite suke nak kongsi gambar-gambar yang kite shot menggunakan LUMIX. tak de la pro sangat, tapi kite bangga dengan hasil kerja sendiri. kira cam masuk lift tekan button sendiri lah. hahha.. kalau tak kite yang puji diri sendiri, sape lagi nak puji, ye dak? lagi pun tu kan boleh meningkatkan keyakinan dan jati diri. tol dak? hhaha.. well.. enjoy d picca..(✿◠‿◠)



















gambar ni kite amik masa kat opis.. tengah kekeringan idea, maka kite pun cari lah idea dengan menyenap seberapa banyak photo.. kunun la tak de ideala tu.. sebenarnye nak mengulor je..hahha
















gambar ni plak kite amik masa kat kampung. nak tunjukkan betapa chentek nye kampung halaman kite ni.













gambar saripal yang menunjukkan happy saripal family..